Wednesday 3 September 2014

Jalur Gemilang

Pemasangan Jalur Gemilang 
 

Lencana Sekolah


Buku Pengurusan


                              Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

            Buku Pengurusan merupakan suatu inisiatif untuk membantu meningkatkan kualiti pengurusan sekolah dan kerjaya guru-guru /staf Sekolah  Menengah Kebangsaan Seri Serating dalam merealisasikan usaha ke arah mempertingkatkan pengetahuan guru-guru dalam bidang pengurusansekolah dan tugasan guru-guru / staf.
            Tugas dan tanggungjawab guru kini amat menarik dan mencabar. Tugas guru  menarik kerana memberi ruang dan peluang kepada seseorang individu untuk menabur khidmat dalam satu kerjaya yang disifatkan amat murni nilai baktinya.  Sekali bergelar guru selamanya kekal sebagai guru atau ‘cikgu’ kepada anak murid yang suatu hari mungkin memegang pelbagai peranan dan kedudukan penting dalam masyarakat.  Sehubungan dengan itu, kerjaya ini  semakin mencabar  dan amat dinamik dari segi pelaksanaan tugasnya dan amat kompleks dari aspek ekspektasi masyarakat terhadap peranannya.
Sudah menjadi lumrah, dalam  inisiatif untuk kita menggapai sesuatu yang murni pastinya menagih pelbagai komitmen yang jitu dan padu daripada semua pihak.  Pelbagai pendekatan diaplikasikan dalam menjana kecemerlangan baik dalam bidang akademik,sahsiah mahupun sukan.  Oleh itu, saya berharap agar semua guru dan pihak yang terlibat dapat merujuk Buku Panduan Induk ini dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan untuk menjana kecemerlangan sekolah  selaras dengan prasarana yang sedia ada yang memerlukan kualiti kerja dan komitmen yang tinggi. Maka, program-program yang kemaskini dan mapan  seperti  yang  digariskan  dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia  2013 -2025 serta sub-NKRA   ( National Key Result Areas ) perlulah diteliti oleh setiap pentadbir dan warga pendidikan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa dan semua yang terlibat dalam menghasilkan Buku Panduan Induk Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serating.
Marilah kita sama-sama memohon petunjuk daripada Allah S.W.T, mudah-mudahan usaha murni yang kita lakukan bagi mencapai visi dan misi sekolah ini diberkati serta mendapat kejayaan dan keredhaan-Nya jua.  Kita hanya mampu berusaha tetapi kejayaan adalah milik-Nya.
            Akhir kata, kepada semua guru dan staf Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Serating,
“ Selamat Bertugas Dengan Penuh Komitmen, Ikhlas  Dan Dedikasi ”.

“ BUAT BERSUNGGUH FOKUS KECEMERLANGAN ”    

Featured post

TAGLINE

SAKSES MANTAP GAPAI KECEMERLANGAN