Monday 29 December 2014

Selamat Tahun Baru 2015










5 ASPIRASI SISTEM

5 Aspirasi sistem (KEPAK)
1. Kualiti..
2. Ekuiti
3. Perpaduan
4. Akses..
5. Kecekapan


6 ASPIRASI MURID

6 Aspirasi murid (PIE3K)
1. Pengetahuan
2. Identiti nasional
3. Etika dan kerohanian
4. Kem. berfikir
5. Kem. Memimpin
6. Kem dwibahasa

11ANJAKAN

11 ANJAKAN:
1. Menyediakan kesamarataan akses kpd pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid menguasai kemahiran bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakan mempelajari bahasa tambahan.
3. Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.
4. Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.
5. Memastikan kepimimpinan berprestasi tinggi ditempatkn di setiap sekolah.
6. Mengupayakan JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaikan  berasaskan keperluan.
7. Memanafaatkan ict bagi meningkatkan kualiti pembelajaran  di malayasia.
8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian kementerian.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan untuk awam secara langsung.


Pengumuman Penangguhan sesi persekolahan tahun 2015

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA 
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain. 

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka. 

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.


Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014

3 GELOMBANG


Mengenai PPPM:

3 GELOMBANG:
Gelombang 1: 2013 hingga 2015
Gelombang 2: 2016 hingga 2020
Gelombang 3: 2021 hingga 2025

Sunday 28 December 2014

Pendaftaran Pelajar Tahun 2015

Pendaftaran Pelajar Tahun 2015

Tarikh: 01.01.2015
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Lobi Tapak Perhimpunan Harian


Pendaftaran pelajar tingkatan 1
Proses penyerahan buku teks 



Mesyuarat Guru Kali Pertama 2015

Mesyuarat Guru Pertama 2015




Featured post

TAGLINE

SAKSES MANTAP GAPAI KECEMERLANGAN